PENYAKIT KARDIOVASKULAR ( FAKTOR / PUNCA / SEBAB MENYEBABKAN DAN LANGKAH / CARA / KAEDAH MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR )

Soalan:
Penyakit kardiovaskular berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor ( punca / sebab ). Jesteru, pelbagai langkah ( kaedah / cara ) perlu diambil untuk mengurangkan risiko penyakit tersebut. Bincangkan.



_____

Rangka Esei:

1) Faktor / Punca / Sebab

  • Amalan pemakanan - kolestrol, minyak dan lemak
  • Kurang bersenam
  • Amalan gaya hidup tidak sihat - merokok dan alkohol
  • Tekanan / stress
  • Genetik (keturunan)
  • Obesiti

2) Langkah / Cara / Kaedah Mengatasi:
  • Bersenam
  • Gaya hidup sihat
  • Atasi tekanan / stress
  • Makan secara seimbang - piramid makanan
_____

Esei Penuh (Cadangan)

     Penyakit kardiovaskular berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Jesteru itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengurangkan penyakit tersebut. Penyakit kardiovaskular atau lebih dikenali dengan penyakit jantung berkait rapat dengan sistem peredaran yang melibatkan jantung dan pembuluh darah. Terdapat pelbagai jenis penyakit jantung seperti penyakit jantung koronari (coronary heart disease), penyakit jantung hipertensif (hypertensive heart disease), kegagalan jantung (heart failure) dan banyak lagi.

     Amalan pemakanan yang tidak seimbang merupakan satu daripada faktor yang menyebabkan penyakit kardiovaskkular. Pengambilan lemak, minyak dan kolestrol yang berlebihan dalam tabiat pemakanan membawa kepada risiko penyakit kardiovaskular. Kolestrol akan menyebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding di sebelah dalam saluran darah dipenuhi dengan lemak dan mengakibatkan bekalan darah ke otot jantung tidak mencukupi.

     Selain itu, amalan gaya hidup yang tidak sihat juga merupakan faktor utama penyebab penyakit kardiovaskular. Ketagihan metokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan akan mempercepatkan proses pembekuan darah. Situasi ini akan mempercepatkan dan menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah sekaligus mengurangkan bekalan oksigen ke jantung. Kandungan rokok yang terdiri daripada nikotin, tar dan sebagainya adalah tidak baik untuk kesihatan.

     Faktor berikutnya ialah mengalami tekanan dan stress. Tekanan yang dihadapi oleh seseorang individu boleh menyebabkan perubahan hormon. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam rutin harian seseorang. Misalnya, amalan pemakanan yang berubah melalui dari kurang selera menjadi berselera untuk makan. Hal ini akan menyebabkan seseorang terdedah kepada amalan pengambilan makanan yang berlemak dan berkelestrol tinggi yang akan memudaratkan badan.

     Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan penyakit kardiovaskular seperti bersenam. Bersenam akan melancarkan peredaran darah ke jantung sekaligus dapat menyihatkan tubuh badan. Aktiviti bersenam ini boleh dilakukan secara berkala seperti tiga kali dalam seminggu. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan ketika bersenam seperti menunggang basikal, berjoging, berkayak, dan melakukan senaman untuk melancarkan sistem kardiovaskular.

    Di samping itu, pengambilan makanan secara seimbang mampu mengurangkan penyakit kardiovaskular. Amalan pemakanan secara seimbang boleh dirujuk melalui senarai piramid makanan. Hal ini bagi menentukan jumlah atau kuantiti makanan yang perlu diambil untuk menjamin kesihatan tubuh badan. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh juga meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan.

      Kesimpulannya, penyakit kardiovaskular merupakan penyakit berbahaya yang boleh membawa kepada risiko yang tinggi kepada kematian. Lantaran itu, langkah-langkah mengatasi penyakit kardiovaskular ini perlulah lebih dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita agar Malaysia menjadi negara yang bebas daripada penyakit kardiovaskular.



_____


Penulis: Ezharif | 15.08.19  
Hak cipta terpelihara [EZHARIF Studio]. Untuk sebarang makluman, pertanyaan atau cadangan, sila emelkan ke ezharif.studio1@gmail.com atau Whatsapp: +60174583787. Terima kasih~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ISU BIDANG SUKAN NEGARA ( USAHA / LANGKAH / CARA MEMBANGUNKAN DAN MASALAH / CABARAN / HALANGAN YANG MENJEJASKAN PENCAPAIAN ATLET )