PENYAKIT KARDIOVASKULAR ( FAKTOR / PUNCA / SEBAB MENYEBABKAN DAN LANGKAH / CARA / KAEDAH MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR )
Soalan: Penyakit kardiovaskular berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor ( punca / sebab ). Jesteru, pelbagai langkah ( kaedah / cara ) perlu diambil untuk mengurangkan risiko penyakit tersebut. Bincangkan. _____ Rangka Esei: 1) Faktor / Punca / Sebab Amalan pemakanan - kolestrol, minyak dan lemak Kurang bersenam Amalan gaya hidup tidak sihat - merokok dan alkohol Tekanan / stress Genetik (keturunan) Obesiti 2) Langkah / Cara / Kaedah Mengatasi: Bersenam Gaya hidup sihat Atasi tekanan / stress Makan secara seimbang - piramid makanan _____ Esei Penuh (Cadangan) Penyakit kardiovaskular berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Jesteru itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengurangkan penyakit tersebut. Penyakit kardiovaskular atau lebih dikenali dengan penyakit jantung berkait rapat dengan sistem peredaran yang melibatkan jantung dan pembuluh darah. Terdapat pelbagai jenis penyakit jantung seperti penyakit jantung koronar...